mcmc
Maklumat KomunitiMaklumat Setempat

NAK BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN? ELAK KLINIK SESAK DENGAN 4 TIPS INI.

Ramai elak pemeriksaan kesihatan dengan alasan “malas menunggu lama di KK”…

Hakikatnya, kesihatan tak patut ditangguh. Pergi buat pemeriksaan adalah tanda keberanian berani tahu, berani cegah. Jangan hidup dalam penafian.

Kalau anda tahu caranya, tak perlu pun menunggu berjam-jam. Kini, temujanji boleh dibuat terus menerusi MySejahtera cepat, mudah, dan tanpa beratur panjang.

Cara buat temujanji di MySejahtera:

1. Buka aplikasi MySejahtera.
2. Tekan menu Temujanji / Appointments.
3. Pilih individu (diri sendiri/ tanggungan).
4. Pilih National Health Screening Initiative
5. Pilih klinik, tarikh dan masa yang sesuai.
6. Sahkan tempahan.

Tip elak klinik sesak:

• Pilih klinik pinggir bandar.
• Datang pertengahan minggu (Selasa–Khamis).
• Pilih slot petang.
• Pantau slot kosong setiap pagi dalam MySejahtera.

*Dapatkan Time Slip utk bukti kehadiran, bukan MC

Apa lagi alasan anda tak mahu buat saringan kesihatan? Sekali setahun