| ITEM JENIS | INFORMATION MAKLUMAT |
| Maklumat NADI | Nama NADI Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Palong 7 Nama Pengurus NUR SYAFIQAH BINTI MAHOP Nama Penolong Pengurus ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAZAK |
| Lokasi | Daerah JEMPOL DUN PALONG Mukim ROMPIN Parlimen JEMPOL Negeri NEGERI SEMBILAN |
| Maklumat Individu/ Organisasi | Nama Nor Shuhada Ashikin Binti Buzuni Umur 25 TAHUN Tahun menjadi Ahli NaDi 2025 |
| Bentuk perniagaan | Tiada |
| Kisah kejayaan | Latar belakang Nor Shuhada Ashikin Binti Buzuni merupakan ahli Nadi Felda Palong 7 yang berumur 25 tahun. Kisah kejayaan ini diberikan kepada beliau kerana sikap yang rajin berusaha dalam mempelajari sesuatu yang baru iaitu dengan menghadiri program Nadi Mahir Masak. Beliau merupakan anak kedua daripada beberapa orang adik-beradik. Ibu dan bapanya bekerja sebagai tukang jahit. Shuhada sering mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menambah ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang kemahiran seperti memasak piza dan membuat biskut. Selain itu, beliau juga aktif menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak NADI. Walaupun Shuhada merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU), beliau tetap menunjukkan semangat yang tinggi serta rajin dalam usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. Sikap positif dan keazamannya wajar dijadikan contoh kepada komuniti setempat. |
| Penggunaan NADI | Apa yang dipelajari melalui NADI Mahir Masak NADI Cybersecurity – keselamatan internet Bagaimana NADI membantu perkembangan kemahiran melalui penyertaannya dalam Program NADI Mahir Masak, Shuhada berpeluang mempelajari pelbagai resepi dan teknik memasak yang diajar oleh tenaga pengajar program tersebut.Hasil daripada pembelajaran itu, Shuhada kini berhasrat untuk memulakan perniagaan kecil dengan menjual makanan seperti piza yang telah dipelajarinya. |
| Online Platform | – |
Kisah Kejayaan
29 December 2025