Kejayaan Puan Azura dalam bidang perniagaan popia menjadi tunjang belakang dalam membantu keluarga beliau. Irdina’s Crunchy Popia, itulah nama yang diberikan oleh Puan Azura kepada produk utama pengeluarannya.Puan Azura telah berkecimpung di dalam bidang perniagaan lebih dua tahun dan kini beliau menjadi pengeluar popia kepada kedai-kedai kuih
dan kedai-kedai runcit tempatan.Puan Azura adalah anak ketiga daripada lapan orang adik-beradik yang tinggal di Felda Palong 7.
