. PEDi Palong 7 adalah di bawah jagaan MOHAMAD KHAIRUL AMAL BIN ISMAIL sebagai Pengurus dari tahun 2021 dan ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAZAK sebagai Penolong Pengurus dari tahun 2015.Sebelum bertugas sebagai pengurus dan penolong pengurus NaDi,MSD Intellegence Sdn Bhd akan memastikan semua petugas bersedia berkhidmat untuk masyarakat dengan menyediakan latihan intensif untuk mereka selama 2 minggu dan turut disusuli dengan latihan dan kursus lain bagi memastikan mereka mampu melaksanakan matlamat penubuhan sesebuah PEDi.
TUJUAN/MATLAMAT PENUBUHAN NaDi
1.Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
2.Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
3.Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
4.Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NaDi.