mcmc
Maklumat Komuniti

WE CARE

Awak. Ye. Awak la tu. Ini nasihat untuk awak.

Bayangkan sekiranya ada kampit beras dengan berat 27 kg diletakkan di atas tengkuk anda sepanjang hari.

Itulah yang berlaku sekiranya anda tunduk melihat gadget sepanjang hari.
.

Dalam posisi menegak, tengkuk boleh menampung berat kepala (4.5-5.4kg). Apabila anda tunduk ke bawah, beban berat ini akan meningkat sehingga 2 kali ganda!

Semakin anda tunduk, dengan dagu rapat menyentuh ke dada, semakin tinggi beban berat yang tengkuk perlu tanggung.

Dalam jangka masa pendek, posisi ini mengakibatkan masalah lenguh dan sakit tengkuk, kebas tangan dan lenguh bahu.

Sekiranya berterusan, masalah yang lebih serius menanti. Tulang tengkuk akan alami radang dan mula haus. Saraf tunjang boleh terhimpit dan saraf di tangan boleh rosak.

Penyelesaiannya mudah. Kurangkan penggunaan gadget dan elakkan menunduk apabila melihat gadget.